ONHEH

OVEN NINI HEALTHY EATING HOUSE
ONHEH ONHEH SEMINAR 7 ONHEH7 ONHEH7DAPURSIHAT

DAPUR SIHAT – SHOPPING & SEMINAR (ONHEH 7.0)

“Sungguh, saya rasa serabut sangat. Kesihatan anak memang tak memuaskan. Saya sendiri ‘struggle’ nak beralih pada pemakanan sihat tapi nak mula dari mana tu rasa ‘blank’ sungguh. Terlalu banyak saya nak kejar, tak tahu nak start dari mana.”

 

“Banyaknya pendapat dan teori, A cakap serbuk perasa tak ok. B cakap tu mitos. C cakap dia amal diet sihat dah bebas gula putih, tapi saya tengok makanan dia semua processed food jugak? Yang mana nak ikut?”

 

“Saya dah setahun kembali balik pada pemakanan lama. Tak sihat, Junkfood, fastfood. Kenapa? Start daripada semangat dah hilang semua sebab selalu kena kecam, husband pun tak sokong langsung usaha saya selama ni. Saya malas nak bergaduh, serabut kepala, makan je lah apa yang mudah siap.”

 

Niat nak beralih pada pemakanan sihat tu dah lama.

Tapi selalu terhalang.

Sibuk. Terlalu banyak info nak hadam.

Halangan dari pasangan. pasangan tak bagi kerjasama.

Kadang-kadang tu, dah amal pun masih boleh kecundang kerana campurtangan orang luar. 

Rasa stress, nak ‘defend’ anak sendiri depan makcik yang suka sumbat jajan pada anak pun dah rasa tak berdaya. 

Itu belum cakap tentang punyalah semangat nak beli makanan sihat kat pasaraya, belek label, tak tahu mana ok mana tak.

 

 

 

Oven Nini Healthy Eating House (ONHEH) 7.0 kali ini kembali berkongsi info asas pemakanan sihat, setelah 2 musim sebelum ini, kami fokuskan kepada tema berlainan.

Alhamdulillah, masih ramai yang setiap hari, berjuang ingin ubah pemakanan keluarga, cuma tak tahu nak mula dari mana.

InsyaAllah, kami kembali lagi kali ini di Shah Alam, pada hari yang istimewa yang bukan saja anda boleh hadiri seminar DAPUR SIHAT, tetapi juga boleh beli barang keperluan dapur dan alternatif makanan yang lebih sihat pada hari yang sama.

Kita cakap tentang SHOPPING FAIR dululah sebab mama-mama mesti suka shopping, kan?

 

========

 

DAPUR SIHAT SHOPPING FAIR. 

Bertempat di Tingkat 2, Hotel De Art I-City Shah Alam, kami jemput mama-mama semua ke DAPUR SIHAT SHOPPING FAIR yang dibuka kepada semua orang awam. 

Yang dah lama amal pemakanan sihat dan datang sekadar nak ‘top-up’ barang dapur.

Yang datang kerana nak hadiri seminar lagilah berpeluang shopping di sini, kan?

Tapi yang paling istimewa, keluarga yang tak hadiri seminarpun tapi bawa anak isteri datang kerana nak mereka bersama-sama beli makanan sihat.

 

 

 

Event ini tarikhnya seminggu lagi nak puasa, kan? Jadi, ini masanya.

Istimewanya, kami ada booth WHERE TO START. 

ONHEH Family akan guide anda untuk mula dari mana.

Booth apa yang sesuai mengikut apa yang anda cari, panduan itu dan ini untuk bantu anda capai tujuan asal ke ‘Shopping Fair’ ini.

 

Jangan tak tahu, Korean Food versi sihat, bebas MSG juga ada di sini, tau!

Jom makan Odeng. Kalau tak minat, Western Food juga ada. Melayu punya dah tentulah.

Biasa jumpa kuih muih, ketupat versi guna garam/gula putih, kan?

Roti versi sihat (sourdough),’cereal’, sosej versi sihat untuk anak, semua ada.

Itu belum cerita tentang ayam bebas hormon/antibiotik, sayur organik, beras sihat, semualah.

Di sini, semua vendor jual produk yang BEBAS semua bahan memudaratkan, insyaAllah.

Kami pilih dan tapis seketat-ketatnya.

 

Penjagaan diri?

Deodorant bebas bahan kimia/membahayakan, servis Tusuk Jari penuh sambutan setiap kali kami adakan ONHEH.

Sungguh, insyaAllah berbaloi shopping anda kali ini.

 

===========

DAPUR SIHAT SEMINAR.

di lokasi yang sama, hanya dewan bersebelahan, akan berlangsung seminar ke-7 kami, yang memfokuskan tentang DAPUR SIHAT.

Seminar yang sangat sesuai untuk ibu-ibu yang dah lama sangat mencari tempat untuk belajar, cari moral support sesama ibu, cari kekuatan supaya lebih tabah berjuang dalam beralih kepada pemakanan sihat. 

Kita rujuk info untuk seminar dahulu.

Berbaloi tak kita mulakan pemakanan sihat ini beberapa hari sebelum tiba Ramadan?

Pada bulan yang perut mula berehat, kita pun sama ‘reset’ usus untuk terima hanya yang sihat saja.

Jadi, mari kita mula perlahan-lahan.

 

 

Ramai tak percaya, mahu sihat, bermulalah dari dapur sendiri. 

Ia bukan omong kosong. Asasnya bermula daripada dapur anda, rumah anda sendiri.

Puan Ainini Zainal, penceramah untuk seminar ini adalah ibu yang satu ketika dahulunya ‘zero knowledge’ tentang pemakanan sihat. 

Hinggalah anak beliau sendiri mengalami ‘speech delay’, juga ‘picky eater’ (dan hanya mahu susu kotak coklat tinggi gula, roti, sosej) dan kerap sakit.

Ketika itulah beliau sedar yang semuanya bermula dari dapur sendiri.

Homemade food, resipi sihat, perkongsian di media sosial dan juga buku resipi sihat yang dihasilkan bermula dengan LANGKAH PERTAMA penuh tekad untuk kesihatan anak.

Beliau belajar satu persatu sendiri dan kini beliau mudahkan ibu bapa semua dengan berikan panduan ‘step by step’ tentang bagaimana untuk bermula. Hasil yang dipelajari bertahun-tahun sendiri diterjemahkan dalam bentuk lebih mudah untuk anda fahami kerana beliau faham, tak semua ibu itu dapat berjalan sendiri ketika berjuang. Ada masa, kita perlukan panduan dan sokongan.

 

Puan Ainini Zainal dan anaknya di akhbar The Star, Februari 2019.

 

Kisah perjuangan 6 tahun lepas kini hanya tinggal kenangan manis yang beliau ambil keputusan untuk kongsikan supaya ia memberi manfaat kepada ibu bapa yang memerlukan.

Kami tahu, anda perlukannya.

Seminar ini bukan hanya seminar biasa. Perkongsian pengalaman tidak didapati di mana-mana.

Panduan membaca label, ‘guidelines’ makanan apa yang perlu dihindari dan apa alternatifnya, senarai bahan asas masakan yang ramai katakan mahal tapi sebenarnya tidak semua begitu, semua akan diberikan kepada peserta dalam versi DIGITAL (E-Book) di mana anda boleh bawa ke mana-mana terutamanya ketika grocery shopping. InsyaAllah, seminar ini tiada lagi nota bertulis versi ‘fotocopy’ yang membosankan, yang biasanya lepas seminar akan dibiar saja berhabuk. Apa yang dah dipelajari pun kita tak perasan sudah makin lupa.

Tak mungkinlah nak bawa nota tersebut dalam beg tangan, kan?

Pernah rasa tak, betapa mudahnya nak beli bijirin sarapan anak, kita baca label pada pek tersebut dan rujuk pada nota E-Book di smartphone sendiri hasil daripada seminar ini? Yang mana elok yang mana tak ok?

.

Jika anda salah seorang yang perlukan seminar ini, boleh isikan borang di sini, ya.

Kita jumpa di sana, dapat ilmu, dapat pula shopping. InsyaAllah.

 

.

Cara pendaftaran.

1. Isikan borang pendaftaran di bawah dengan lengkap.

2. Oleh kerana program ini adalah ‘First Come First Serve Basis’ (Siapa Cepat, Dia Dapat), pengesahan tempat duduk adalah melalui pembayaran deposit RM150.
Pembayaran yuran boleh dibuat 1-2 kali (deposit dan baki).

Baki pembayaran perlu dibuat sebelum 25 April 2019.

3. Teruskan dengan pembayaran deposit RM150 (kali pertama pembayaran) untuk pengesahan pendaftaran.

4. Hantarkan bukti pembayaran ke email kami, ovennini@gmail.com

.

INFO PENTING:
Deposit/wang yuran tidak dikembalikan jika ingin membatalkan penyertaan atau tidak dapat hadir ke kelas ini.

Seperti majoriti pendaftaran ke seminar lain, peserta yang tidak dapat hadir perlu carikan pengganti kerana TIADA PEMULANGAN WANG DILAKUKAN.

Jadi, jika ada pembatalan penyertaan, perlu dapatkan pengganti untuk pendaftaran yang telah dihantar kerana sebaik sahaja pembayaran deposit dibuat, proses penyediaan nota, tempahan tempat duduk, tempahan katering terus dilakukan.

.

 

BORANG PENYERTAAN:

Boleh isikan borang di sini, ya. Penyertaan terhad.

(Dibenarkan membawa bayi 2 tahun ke bawah SAHAJA. Anak 2 tahun ke atas tidak dibenarkan).

 

Jika ada apa-apa masalah untuk mendaftar, boleh ke

http://onheh.wasap.my

 

.